10 Nasihat Dan Tips Daripada Saya Untuk Mereka Baru Belajar Berniaga Online

0

Sejak dua menjak ni, ramai gak kawan aku minta pendapat,

Wan, sifu ni ok tak?
Kelas mana yang okay?
Antara dua ni, kau prefer aku masuk kelas mana?
Aku nak bisnes, kat mana nak belajar?

Berdasarkan pengalaman aku, aku kongsi 10 nasihat dan tips untuk baru belajar

1 – BELAJAR BASIC run FB Ads dahulu. Search kat YouTube

Orang kita pun dah ramai buat tutorial
Follow step by step.
Cara masukkan payment untuk run FB Ads
Basic setting, location, gender, umur, interest.
Bila dah biasa run, baru boleh mula advance setup.
Tapi kalau buat basic ni pun dah bagi profit, buat apa nak pening kepala.

2 – BAHAN MARKETING, guna video atau gambar

Cari kat shopee atau youtube.

Kalau dah advance sikit, boleh edit guna Instashot.
Masukkan suara dan ayat.

3 – Jangan terikat dengan SATU PRODUK

Pilih 5 produk, study kat Shopee, Lazada.
Pilih founder produk yang ada track record baik.
Validate, cari data dahulu selama 2 minggu run.

4 – Cari 5 DATA penting untuk menjual guna FB Ads

Kos purchase
Kos message
Kos produk
Kos operation
Return kos (jika main cod)

5 – Letak harga jualan yang tepat, berdasarkan 3 kriteria

Kekuatan pembelian pelanggan
Pembelian berulang
Rujuk semula 5 data dekat point 4

6 – Buat pilihan FUNNEL JUALAN

Ecomm kena ada website
Robot reply kena ada chatbot
WhastApp kena ada sales person

7 – BASED ON POINT 1-6

Kau sendiri akan tahu, ilmu apa kau kena cari.
Ilmu berbayar, lebih baik cari based on pengalaman .
Ilmu teknikal, rujuk lah kat sumber sedia ada seperti kat FB ni.

8 – Dah ramai SHARING PERCUMA kat FB ni

Aku sendiri dulu rajin up.
Bila kita kongsi pengalaman, kat situ kau akan faham kat mana nak baiki.
Cuma bab teknikal ni jer, depend on invdividu.
Ada yang lambat tangkap, perlukan guide step by step.
Cuba dulu, bila dah mula run, baru kau tahu apa kau cari.

9 – BOLEH BAYAR UNTUK BELAJAR, dekat point 6

Cari template chatbot yang sedia ada dah bagi rekod jualan cun.
Dari template tu kau baiki, upgrade. Jimat masa.
Nak cepat, bayar jer. ada je yang jual, tapi pastikan dah ada record
jualan cun yang latest.

10- JANGAN TAKUT mencuba

Bina lah keyakinan diri sendiri.
Kebiasaan aku nampak masalah kita ni.
Malas nak monitor iklan
Malas nak run produk baru
Malas nak baiki funnel jualan
Malas nak cuba setup ads baru

Malas.

Jangan kata orang lain, aku kata kat diri aku sendiri dahulu.
Kita gagal, sebab kita malas.

Letak lah target, kejar target.

Bantu aku share, rajin sikit aku menulis.

Contoh aku nak atasi masalah malas menulis kat FB,
Target aku 300 like, kalau cukup, aku sambung menulis.

The post 10 Nasihat Dan Tips Daripada Saya Untuk Mereka Baru Belajar Berniaga Online appeared first on SAFUAN BORHAN.

Share.

Comments are closed.