5 Risiko Yang Wajib “Dirempuh” Oleh setiap Usahawan

0

Kerjaya, kewangan, peribadi dan kesihatan mental adalah taruhan besar bagi sesiapa yang  ingin memulakan perniagaan.

Membuat keputusan sendiri dan mengawal halatuju bisnes  merupakan tunjang dalam menjadi seorang usahawan yang berjaya.  Oleh yang demikian, usahawan yang berjaya harus bersedia untuk terima cabaran dan risiko yang bakal dihadapi.

Berikut merupakan 5 risiko yang perlu kita ambil sebagai usahawan bermula dari menjana idea sehingga proses mengembangkan perniagaan.

1. Risiko kewangan peribadi

Nak  berniaga mesti kena ada duit untuk modal. Kebanyakan daripada usahawan mula menubuhkan syarikat dan menjalankan perniagaan dengan mengharapkan bantuan kewangan dari luar.

Sumber kewangan luar yang paling popular adalah investor dan juga pinjaman kerajaan. Tapi ramai juga pengusaha yang menggunakan wang peribadi untuk memulakan syarikat atau perniagaan mereka sendiri.

2. Risiko pendapatan

Jika kita telah siap sedia untuk meninggalkan pekerjaan dan kerjaya anda, ini bermakna kita juga telah siap sedia untuk melibatkan diri dalam dunia perniagaan.

TAPI…

Bagi usahawan baru, pilihan tersebut merupakan risiko yang cukup besar bagi kita. Ini kerana tiada jaminan bagi kita untuk memperolehi pendapatan yang tetap dan stabil.

Kita akan bakal sibuk untuk mempertahankan perniagaan atau mencari aternatif lain untuk meningkatkan atau mendapatkan pendapatan.

3. Risiko masa dan kesihatan

Usahawan adalah orang yang akan bekerja setiap hari tanpa mengenal waktu untuk menjadikan syarikat atau perniagaan yang dijalankan berjaya. Seorang usahawan itu akan kurang tidur, hilang masa peribadi dan mungkin juga mengalami tekanan yang lebih berat daripada biasa.

4. Risiko deadline

Secara natural, seorang usahawan harus membuat garis masa semasa proses pelancaran produk. Pada masa ini kedudukan kewangan adalah sangat rapuh dan pelabur pula ingin cepat-cepat melihat hasil pelaburan yang mereka telah lakukan.

Hasilnya, kebanyakan pengusaha terpaksa membuat beberapa perubahan pada deadline dan pada masa itu, deadline tersebut menjadi sangat kritikal.

Justeru itu, bersiap sedialah untuk berjaga setiap malam sambil merenungi sama ada kita mampu memenuhi deadline tersebut atau tidak.

deadline

5. Risiko percaya

Apabila kita baru pertama kali menjalankan perniagaan, kita tidak mempunyai team yang lengkap untuk bekerja bersama kita. Oleh itu, daripada team yang kecil ini, kita harus memberi kepercayaan yang besar kepada mereka, terutama jika mereka mempunyai kepakaran yang khusus yang sukar untuk didapati dan bersedia untuk bekerja dengan kita.

 

Ringkasnya, risiko seharusnya tidak menjadi penghalang untuk kita menjadi seorang usahawan yang berjaya. Sebaliknya…

Lihat risiko itu sebagai suatu cabaran yang diperlukan untuk menuju jalan yang lebih besar. Tidak mungkin ada cara lain untuk mengelak dari risiko melainkan kita menghadapinya sendiri.

Bersediakah anda menghadapi risiko?

 

P/S: Suka dengan artikel ini? Safuan Borhan ada menyediakan satu platform perkongsian ilmu bisnes dan marketing secara PERCUMA di SINI. Boleh lah join.

 

The post 5 Risiko Yang Wajib “Dirempuh” Oleh setiap Usahawan appeared first on SAFUAN BORHAN.

Share.

Comments are closed.