Cara Target Audience Menggunakan Facebook Ads – FLEX Targeting

0

Punca Kos Melambung

Katakan anda jual barang untuk peminat Coffee tapi anda ‘ter’ promote barang tersebut pada geng Teh Tarik.

Audience tak akan klik pada post yang tak relevan dengan mereka.

Bila audience tak berminat untuk respond pada iklan, ini akan menyebabkan kos untuk dapatkan pelanggan melambung dari yang sepatutnya.

Jadi, sebab ini lah audience targeting sangat penting untuk pastikan bajet iklan dibelanja dengan efektif.

Pasarkan produk atau servis anda pada audience yang tepat supaya kempen FB Ads anda dapat nilai conversion yang tinggi.

Flex Targeting

Dalam blog post kali ini, saya akan ajar asas flex targeting dan tips penting untuk pastikan conversion iklan anda meningkat dari sebelumnya.

Pastikan targeting anda specific, tapi jangan terlampau overcomplicated pulak.

Step 1: Untuk targeting, saya akan mulakan dengan 2 kategori interest iaitu Brand dan Influencer.

Katakan saya jual tudung secara online, interests yang relevan dengan produk saya:

Brand: Fareeda, Ariani, Sugarscarf, Bawal Exclusive, Influencer: Neelofa

Selain interest di atas saya juga akan masukkan fashionvalet dan Telekung Siti Khadijah.

Ini kerana audience dari 2 interest tersebut mempunyai minat dan behaviour yang sama kepada online shopping dalam niche fashion.

Step 2: Asingkan interests yang dah dikumpul tadi kepada 2 kumpulan.

Klik pada ‘narrow further’ di bawah kotak targeting anda untuk create targeting box yang baru.

Masukkan interest dari kumpulan A ke dalam box pertama dan kumpulan B ke targeting box yang kedua.

Step 3: Klik pada ‘exclude people’ di sebelah kiri ‘narrow further’ dan klik pada exclude Ex-pats (All) untuk kecualikan daripada traveller dan pendatang sementara dari melihat iklan anda nanti.

Sebab kenapa kita kena asingkan at least kepada 2 kumpulan.

Dalam FB Marketing, kita kena spesifik. Kita taknak target interest A atau B, kita kena target audience yang ada minat pada A dan B!

This is flex targeting.

Berdasarkan pemerhatian anda pada audience 1 & 2 di bawah, audience yang mana menunjukkan minat yang lebih mendalam dan relevan dengan produk yang saya jual?

Audience 1: Like page Ariani

Audience 2: Like page Sugarscarf, Ariani, Bawal Exclusive & Fashionvalet.com,

Tentu la audience 2 tu hardcore fans yang minat dan biasa beli tudung online kan.

Jadi guna flex targeting untuk pastikan produk anda dipasarkan kepada audience yang betul – betul passionate dan relevant dengan produk anda sahaja.

Exclude Audience

Dekat bahagian custom audience, jangan lupa untuk exclude senarai pembeli dan leads supaya anda boleh fokuskan bajet iklan sentiasa dibelanjakan untuk tarik leads dan pelanggan baru sahaja.

Facebook akan caj anda kalau audience yang dah jadi pelanggan pun masih nampak iklan jualan anda.

Tips Penting

Q: Boleh ke guna general interest kalau banyak yang tak available?

A: Ya boleh, buat specific tapi jangan overcomplicated. Guna apa yang available asalkan relevan dengan produk. Buat flex targeting.

Q: Saiz ideal untuk audience?

A: Untuk kempen FB Ads baru, saya sarankan untuk target potencial audience sebesar 200k – 500k

Tidak jelas? Tuliskan soalan anda di bawah.

Saya harap blog post ni membantu meningkatkan lagi performance FB Ads anda.

Di dalam blog post yang lain, saya juga ada kongsikan Tips Targeting Facebook Ads Untuk Deliver Kepada Audience Yang Tepat.

Jika anda tak faham dan tak jelas, Sila tuliskan soalan yang bermain di fikiran anda di bawah, saya akan reply kemudian.

Nak Belajar Lebih Mendalam Bagaimana Nak Tarik Targeted Audience dan Tukar Menjadi Pelanggan di Facebook Ads?

Sebenarnya, saya ada sediakan satu video panduan FB Ads Game Plan,

… iaitu sebuah video panduan bagaimana nak hasilkan traffic yang berkualiti dan tukarkan audience menjadi pelanggan.

Apa yang saya share dalam blog ini hanyalah 5% sahaja daripada keseluruhan konten yang anda akan belajar dalam Video Panduan FB Ads Game Plan.

Pada awal karier sehingga 2015, 99% daripada klien saya terdiri daripada CEO, Founder & CMO syarikat dari serata Amerika & UK.

Saya hasilkan Game Plan daripada pengalaman bekerja dalam bidang FB Ads dan content marketing sejak pertengahan 2012.

Jika anda masih baru pertama kali mendengar pasal Facebook Ads Game Plan ni, anda tak perlu risau.

Sebab saya akan kongsikan step by step tutorial videos, lengkap daripada A – Z untuk bina high converting sales funnel.

… mulai dari setup pixel, custom audience, conversions sampai la ke iklan terakhir.

Selepas anda tengok video panduan ini,

  • Anda akan kuasai bagaimana teknik untuk pasarkan produk anda pada the right audience dan shift mindset prospek kepada fasa jualan.
  • Anda akan belajar strategi bijak untuk educate dan bina relationship dengan audience melalui follow up dan retargeting yang strategik.
  • Anda akan tahu cara tested & proven strategy untuk convert prospek menjadi pelanggan supaya anda boleh hit target ROI anda.
  • Anda akan tahu bagaimana nak rinse and repeat untuk jana high quality traffic dan sales untuk jangka masa panjang.

Kalau anda seorang business owner atau peniaga online yang nak hasilkan leads dan sales dari Facebook secara konsisten dan berbaloi, maka program ni sesuai untuk anda.

Ianya direka khas untuk beginner dan intermediate FB marketers yang ingin capai results yang lebih baik.

> Klik sini untuk join dan letupkan sales anda bulan ni dengan Strategi Facbeook Ads Game Plan <

Jadi, ini peluang anda untuk belajar kukuhkan marketing game plan dan belajar bagaimana anda boleh gandakan peluang untuk sedut lebih ramai pelanggan,

… dan buat lebih banyak jualan serta defeat pesaing anda.

Jumpa anda di member area !

Ps: Artikel ini ditulis oleh rakan saya, Baem Ashrawi

The post Cara Target Audience Menggunakan Facebook Ads – FLEX Targeting appeared first on Teknik Pemasaran | Zaki Amiril.

Share.

Comments are closed.