Ego Dalam Perniagaan… Boleh Ke?

0

Apakah yang akan berlaku ketika jika usahawan dikaburi oleh kejayaan dimasa lalu dan tidak boleh melihat kesilapan mereka sekarang? Hal inilah yang akan menyebabkan mereka tidak maju kehadapan dan akan ditinggalkan jauh ke belakang.

Kejayaan akan memberi kesan kepada seseorang usahawan sama ada menjadikan mereka semakin baik atau sebaliknya.

  1. Usahawan yang baik tidak akan pernah selesa di atas kemenangan mereka tetapi mereka memberi perhatian kepada setiap pesaing, mengejar inovasi dan mencari bantuan apabila memerlukan. Bukan nak kata mereka tamak, tapi selalu berusaha untuk memberi manfaat yang lebih baik kepada masyarakat.
  2. Berbeza dengan usahawan yang kurang baik dimana mereka cepat berasa puas dengan kejayaan mereka pada masa lalu dan merasakan diri mereka mampu untuk meraih kejayaan tanpa bantuan dan perkhidmatan orang lain.

Perubahan

Dalam beberapa kes, usahawan sebegini sering kali takut dan mengelak untuk melakukan perubahan. Antara persoalan yang mereka fikirkan ialah : untuk apa mengubah sesuatu yang tidak rosak? Ini kerana mereka bimbang bahawa perubahan boleh memberi kesan negatif kepada pelanggan mereka.

Mereka ragu-ragu untuk menggunakan teknologi yang baru. Akan timbul lagi persoalan bahawa “kenapa perlu pada perubahan padahal aku pernah berjaya pada masa dahulu dengan cara lama?”. Hasilnya mereka tidak cuba untuk mendapatkan perkhidmatan dari profesional berpengalaman atau mentor perniagaan.

Defensif

Kadang-kadang terdapat usahawan yang bersikap defensif, iaitu mereka tidak mahu menerima segala maklumbalas daripada pelanggan dan nasihat daripada pekerja sebagai sesuatu yang bermanfaat.

Mereka merasakan bahawa diri mereka saja yang betul dan mempedulikan pandangan daripada orang lain. Sebaliknya, usahawan yang berjaya biasanya mampu menerima teguran daripada pelanggan dan memanfaatkannya.

Ego

Mendapatkan bantuan daripada profesional bukanlah menandakan kelemahan, sebaliknya ia adalah kekuatan. Namun, sayang sekali kerana terdapat segelintir usahawan yang tidak mahu mendapatkan pertolongan daripada golongan profesional.

Bagi mereka kejayaan lalu sudah cukup untuk membuktikan bahawa mereka sudah dan pernah berjaya dan tidak perlu pada pertolongan dari luar. Hanya kerana ego, mereka tidak dapat memahami hal tersebut.

Sesebuah perniagaan yang maju takkan dapat dicapai dengan hanya mendengar orang di sekeliling anda memuji dan memanjakan ego anda. Bagi usahawan yang kurang baik, kebenaran adalah sesuatu yang sangat menyakitkan untuk diakui.

David Ogilvy pernah berkata “ rekrutlah orang yang lebih pandai dari anda, kemudian biarkanlah mereka yang mengejarkannya.”

Kesimpulannya, jangan sampai kita dikaburi dengan kejayaan masa lalu dan merasakan kita tahu kesemua hal.

Jangan pernah takut untuk meminta nasihat, pandangan atau maklum balas dari mereka. Ini akan menjadikan perniagaan kita lebih berkembang dan maju kehadapan lebih baik daripada yang kita bayangkan.

 

P/S: Suka dengan artikel ini? Safuan Borhan ada menyediakan satu platform perkongsian ilmu bisnes dan marketing secara PERCUMA di SINI. Boleh lah join.

The post Ego Dalam Perniagaan… Boleh Ke? appeared first on SAFUAN BORHAN.

Share.

Comments are closed.