Kalau Dah Mula Guna Duit Simpanan Untuk Cover Overhead Bisnes. Apa Nasihat Terbaik Yang Aku Boleh Kongsi?

0

Nasihat utama aku, scale down secepat mungkin.
Makin kau tunggu, makin membarah bisnes kau.

1 – Buang lah emosi jauh jauh terlebih dahulu. Fikir berdasarkan angka bisnes yang anda dapat. Kalau rugi, tulis rugi.

2 – 3 bulan bisnes guna duit simpanan, anda kena buat plan tindakan untuk 6 bulan akan datang.

3 – Scale down semua perbelanjaan. Aku pernah lepaskan komitmen RM3,800 bulanan untuk satu item sahaja. Berat nak lepas, tapi akhirnya aku kena gak buat untuk perjalanan akan datang.

4 – Noted semua perbelanjaan yang boleh dipotong terlebih dahulu. Tapi jangan sesekali cut perbelanjaan takaful mahupun hibah. Benda tu biar lah perbelanjaan terakhir kalau nak dipotong sekalipun.

5 – Kalau ada hutang luar dari bank, ahli keluarga ataupun rakan. Terus terang dengan mereka. Re-plan balik jadual bayaran semua.

6 – Kalau duit simpanan dah mula diguna pakai 50% dari keseluruhan. Boleh lah stop semua operasi terlebih dahulu. Kalau dulu kita harap staf berniaga, sekarang ni kita lak kena turun semula dari bawah.

7 – Angka bisnes kita tak pernah menipu kita. Kita je selalu abaikan untuk jaga emosi kita. Kita selalu cakap, boleh lagi. Boleh lagi. Sampai bila ?

8 – Oleh itu, bagi aku scale down benda paling mustahak. Fikir dulu komitmen keluarga dari team kita sendiri.

9 – Makin kita push, makin emosi kita terganggu. Nak run semula bisnes baru, boleh ke re-hire semua team kita yang beri komitmen masa kita down.

10 – Waktu susah ni lah nak tengok siapa yang boleh kita tarik semula satu hari nanti.

11 – Cepat-cepat inform team kita keadaan kewangan kita. Jangan dah tak mampu, tiba tiba tak nak bayar gaji. Sebab tu kena inform awal jika ada perubahan. Sekurang-kurang mereka dah bersedia dan ada backup plan.

12 – Jangan nak heret staf dalam bisnes kita. Kita majikan, kita sendiri kena tanggung. Ini ada je rakan aku, tak nak bayar bila rugi. Padahal itu gaji staf dia.

Aku dah hadap, ada masa aku naik dan ada masa aku turun. Kita bukan tok guru mengajar based on teori semata-mata.
Setiap kali aku down dan scale down. Aku enjoy lalui semua emosi yang ada.

Ada waktu aku semangat giler untuk bangkit. Seharian aku senyum.
Ada waktu jiwa aku runtuh hadap semua masalah. Makan tak lalu.
Ada waktu hati aku pudar nak jumpa sesiapa. Seminggu duduk diam dalam bilik.

Sebagai usahawan, jangan tunggu lama dalam buat keputusan. Kena cepat bangkit.

Setiap kali jatuh, ingat balik bagaimana kita mula berniaga.

Aku ada moment bawa motor dalam keadaan hujan masa belajar kat Perlis dulu.

Aku biarkan momen hujan itu untuk aku lalui.

“Jika satu hari nanti aku di atas mahupun di bawah. Aku akan sentiasa ingat, hari ini aku berhujan mencari rezeki”

Good luck brother & sahabat aku.

The post Kalau Dah Mula Guna Duit Simpanan Untuk Cover Overhead Bisnes. Apa Nasihat Terbaik Yang Aku Boleh Kongsi? appeared first on SAFUAN BORHAN.

Share.

Comments are closed.