Kenapa Penjual Perlukan Pembeli?

0

Ramai orang suka berbisnes dan mereka mempunyai sebab tersendiri mengapa mereka melakukan bisnes. Ada juga yang suka dunia bisnes ini kerana ianya boleh menjadi salah satu platform untuk membantu dan memenuhi keperluan masyarakat.

Sekiranya kita dapat menunaikan permintaan orang lain, ianya mampu memberikan kegembiraan dan kepuasan yang tersendiri.

Ada beberapa perkara yang menyeronokkan ketika berbisnes. Antaranya ialah:

 1. Mencari penyelesaian

Ada yang berpendapat bahawa menjalankan bisnes adalah salah satu kaedah untuk menyelesaikan masalah.

Ada yang berfikir cara untuk meningkatkan sales, ada juga yang berusaha untuk mencari apa lagi kekurangan dalam produk mereka dan ada juga yang mengkaji produk yang menjadi permintaan tinggi masyarakat.

Pokoknya, selagi ada masalah, selagi itulah usahawan berpeluang untuk mencari jalan penyelesaian dan di akhirnya, menguntungkan kedua-dua pihak (penjual dan pembeli).

2. Mudah meningkatkan pasaran.

Apabila kita membantu meningkatkan kehidupan orang lain, dan kita melakukannya dengan fokus, kita akan dapat lebih banyak jualan. Macam mana?

Kita akan dapat iklan percuma daripada pelanggan kita sendiri. Pada masa sama, kos untuk menggaji jurujual dapat dijimatkan. Pelanggan kita sndiri yang akan menjadi “agen” tidak rasmi yang akan memberikan kita keuntungan tanpa kita sedar.

Apa yang membuatkan produk kita dipromosikan oleh pelanggan kita sendiri? Pertama, produk kita telah berjaya menyelesaikan masalah mereka. Kedua, kerana layanan “top-class” dari kita terhadap mereka yang mereka akan ingat.

3. Rakan kongsi

Lazimnya, berbisnes secara berjemaah lebih seronok dan lebih menguntungkan. Sikap yang wajib ada ketika bersama-sama rakan kongsi ialah kedua-duanya mestilah jujur, mempunyai komunikasi yang terbuka, sentiasa saling membantu dan menolong dan susah senang bersama.

Bekerja bersama-sama dengan pasangan yang ingin mencapai matlamat yang sama merupakan aspek yang berharga bagi setiap usahawan.

  4. Meningkatkan taraf kehidupan masyarakat

Orang-orang yang membeli biasanya mempunyai alasan: mereka menginginkan agar kehidupan mereka menjadi lebih baik dan melengkapkan mana yang kurang.

Setiap jual beli yang berlaku adalah dengan tujuan untuk meningkatkan kualiti hidup mereka. Sambil kita menjadi usahawan, sambil itu juga kita membantu masyarakat menjadikan kehiupan mereka lebih sempurna.

Bisnes, jual beli atau berniaga dapat mengubah dunia seseorang ke arah yang lebih baik kerana komuniti penjual dan pembeli saling memerlukan antara satu sama lain iaitu penjual memerlukan kepada pembeli dan pembeli berhajat kepada barang.

Ia umpama hubungan yang saling melengkapi antara satu sama lain. Lain orang lain perspektif masing-masing.

Bagaimana perspektif anda?

 

P/S: Suka dengan artikel ini? Safuan Borhan ada menyediakan satu platform perkongsian ilmu bisnes dan marketing secara PERCUMA di SINI. Boleh lah join.

The post Kenapa Penjual Perlukan Pembeli? appeared first on SAFUAN BORHAN.

Share.

Comments are closed.