Mana Lagi Bagus? Alidropship Vs Sendsana

0

Teringin nak buat website dropship tapi taktau macam mana nak mula? Untuk artikel kali ni saya nak cover tentang AliDropship vs Sendsana.

First sekali, kalau anda masih taktau apa itu Dropship, anda boleh Google dropship tu apa dulu. Yelah takut tak paham apa benda pulak kan. Kalau dah tau bagus. Anda boleh terus baca artikel ni.

So AliDropship & Sendsana ni sebenarnya merupakan tool mudah untuk import produk yang ada di platform e-Commerce seperti Lazada, Shopee, Amazon, Ebay, ataupun Aliexpress ke dalam website e-Commerce (WordPress) anda.

Ada banyak sebenarnya. Anda boleh tengok ShipStation, Spocket, Oberlo, Easyship, Dropified, Printful dan banyak lagi tool yang lebih kurang sama.

Cuma saya tertarik dengan AliDropship & Sendsana untuk saya buat review kali ni. Tolong baca sampai habis ye. Hehe.

AliDropship Vs Sendsana

AliDropship merupakan plugin WordPress yang membantu anda untuk import produk-produk daripada Aliexpress ke website WordPress yang anda telah setup.

Kegunaan agak mudah kerana ia akan import semua benda termasuklah gambar produk, review comment, pricing, dan lain-lain yang diperlukan untuk anda terus mula menjual di website WordPress anda.

Anda kena tahu yang anda perlukan plugin Woocommerce untuk intergrasi ini berlaku.

Berlainan dengan Sendsana.

Sendsana merupakan browser extension dan ianya support untuk browser Google Chrome & Mozilla. Walaupun sedikit berlainan, fungsinya hampir kurang sama iaitu bantu anda untuk import produk ke dalam web store anda.

E-Commerce Yang Disokong Untuk Import Produk

AliDropship:

  • Aliexpress sahaja

Sendsana:

  • Aliexpress
  • Lazada
  • Shopee
  • Taobao
  • 1688
  • Alibaba

Platfom Yang Disokong Untuk Intergrasi

AliDropship:

  • WordPress

Sendsana:

  • WordPress
  • Shopify

Cara Kegunaan Import Tool Ini

Untuk AliDropship, ianya agak praktikal untuk setup. Anda kena pastikan plugin AliDropship yang anda download support dengan PHP Version yang anda gunakan untuk server anda. Dan anda kena pastikan ionCube di aktifkan di server anda.

Selebihnya, anda kena ada pengetahuan yang tinggi dalam setting Woocommerce untuk gunakan AliDropship ini. Berikut adalah gambar setting yang ada di dalam AliDropship ini.

TextTextText

 

Untuk Sendsana, anda boleh download browser extension Sendsana dan boleh terus gunakannya di web store anda. Hanya dengan 1 klik import & CSV import.

Seperti AliDropship, anda juga kena setting Woocommerce anda untuk gunakan Sendsana. Berikut adalah gambar setting Sendsana.

TextTextText

Selepas menggunakan kedua-dua tool ini, disini saya ingin buat rumusan tentang tools ini.

Kelebihan & Kekurangan AliDropship

Antara kelebihan AliDropship:

  • Fungsi Data Sync memudahkan anda untuk handle web store anda
  • Plugin yang dipercayai keberkesanannya
  • Intergrasi dari segi stok produk dan harga sekiranya vendor mengubah barang di Aliexpress
  • Harga yang tidak terlalu mahal ($89)
  • Lifetime update
  • Terdapat banyak ilmu (email & artikel) yang diberikan untuk memantapkan lagi jualan store anda
  • Support multi-currency

Kekurangan AliDropship:

  • Leceh untuk setup
  • Perlukan plugin lebihan untuk atasi masalah produk variasi
  • Support dari AliDropship yang lambat
  • Hanya support e-Commerce Aliexpress sahaja

Kelebihan & Kekurangan Sendsana

Antara kelebihan Sendsana:

  • Mudah untuk digunakan
  • Harga yang sangat berpatutan
  • Lifetime update
  • Support e-Commerce yang lebih banyak
  • Boleh digunakan untuk WordPress & Shopify
  • Sangat sesuai untuk kegunaan dropship
  • Sesuai untuk market Malaysia dan luar Malaysia
  • Support team yang mantap

Kekurangan Sendsana:

  • Import produk memakan masa sedikit lama
  • Tiada fungsi Data Sync. Hanya import produk sahaja
  • Tidak boleh import produk yang ada pelbagai variasi

Konklusi

Setelah gunakan AliDropship & Sendsana, saya boleh katakan kedua-dua tools ini ade kelebihan dan kekurangan masing-masing.

AliDropship menarik jika anda ingin menjual di market luar Malaysia tapi perlukan kepakaran lebihan dalam WordPress dan juga Woocommerce.

Manakala Sendsana sesuai untuk mereka yang masih newbie dan tidak memerlukan kepakaran yang detail untuk gunakannya. Cuma bagi saya die lagi best sebab ia membantu saya untuk menjual di market Malaysia dengan lagi mudah.

PERHATIAN: Mungkin update & fungsi kedua dua tools ini berlainan untuk masa akan datang.

Jadi apa kata anda? Anda boleh comment di bahagian bawah artikel ini sekiranya anda mempunyai pandangan lain. Cheers!

 

Ingin cuba guna Sendsana?

Dapatkan Sendsana harini dengan harga special LIFETIME!

About the Author

aulisuwais

Aulis merupakan seorang usahawan internet bermula pada pertengahan tahun 2014. Mahir dalam bidang pemasaran melalui Instagram dan Google AdWords. Kini giat membantu usahawan lain dan mula berkongsi ilmu dan pengalaman melalui laman web sendiri.

Share.

Comments are closed.