Mencungkil Bakat Dan Minat Sebagai Asas Kejayaan Perniagaan

0

Sebelum kita ingin ceburi satu bidang baru, antara perkara yang perlu kita ambil berat adalah pasal minat. Minat adalah satu keadaan dimana kita berasa puas untuk melakukan sesuatu aktiviti dengan:

  • gembira ketika melakukannya,
  • mudah
  • cemerlang apabila kita melakukan aktiviti tersebut.

Dikatakan minat itu datang apabila kita mempunyai bakat dalam aktiviti tersebut.

Bukankah kita dicipta oleh Pencipta untuk melakukan tugas-tugas tertentu di atas muka bumi ini? Dan untuk melakukan tugas itu, kita telah dilengkapi dengan ciri-ciri tertentu dan unik yang kita panggil sebagai bakat.

Ringkasnya, sekiranya kita mempunyai minat dalam sesuatu perkara, itulah tanda  positif untuk kita melaksanakan aktiviti tersebut.

Sebab yang paling penting adalah minat. Jika kita punyai minat tapi tiada bakat tidak mengapa. Ini kerana bakat boleh diasah atau dipelajari. Kadang-kadang, seseorang itu dijadikan mempunyai bakat yang hebat, tapi jika tiada minat pun susah juga bukan.

Jadi bagaimana kita ingin cari minat yang ada pada diri kita? Paling tidak kita boleh buat 3 perkara ini:

 1. Ujikaji

Buat ujikaji diri kita dahulu. Mungkin kita boleh buat ujian di online atau jumpa mana-mana pakar kaunseling. Hasilnya, secara tidak langsung kita akan ketahui minat, bakat dan juga potensi yang kita ada untuk bergiat dalam sesuatu aktiviti.

Jadi apabila kita sudah ketahui dimana kelebihan yang kita ada, kita hanya perlu ambil keputusan dan tetapkan sasaran pada bila-bila masa yang kita mahu.

Bila kita memulakan sesuatu perkara dengan minat, maka bakat akan muncul. Sekiranya kita dah ada sasaran, cuma tinggal mahu laksanakannya saja.

Kemudian teruskanlah dengan tekun, kerja keras, disiplin, rajin, bertanggungjawab serta beretika. Hal ini merupakan syarat yang perlu kita ada agar kita memperoleh hasil yang sesuai dengan apa yang telah diusahakan.

2. Luaskan aktiviti

Pengalaman akan bertambah sekiranya kita perluaskan lagi aktiviti. Semakin banyak aktiviti yang kita buat ,semakin bertambah pegalaman dan pelajaran yang boleh kita ambil dari aktiviti tersebut.

Apabila kita melakukan banyak aktiviti, pada masa yang sama kita sebenernya belajar berdikari iaitu kita akan survive dan menacari jalan untuk selesaikan sesuatu masalah

Antara aktiviti yang boleh kita libatkan diri adalah seperti mengikuti kegiatan sosial, ikuti seminar, mengikuti latihan dan sebagainya yang mana mendatangkan manfaat dan faedah kepada kita.

Dengan itu, kita akan dapat pastikan diri kita minat ke arah mana. Mungkin dalam bidang keusahawanan, pendidikan dan banyak lagi.

3. Menjadi ahli baru

Aktifkan diri kita dengan menjadi ahli baru bagi mana-mana organisasi. Mungkin bunyinya agak susah. Tapi dengan cara ini juga kita boleh tentukan minat kita.

Nikmatilah setiap ilmu yang kita ada dengan menjadi mana-mana ahli. Nikmati setiap prosesnya sehingga kita lebih peka dan kita boleh tahu apa minat kita yang paling dominan dalam sesuatu perkara.

Sudah kenal pasti minat anda? Minat pada bidang keusahawanan? Sekarang ini, banyak ilmu bisnes yang boleh kita pelajar secara online jer. Sekiranya anda berminat, anda boleh layari ilmu bisnes dan marketing  dibawah ini. Pasti tidak menyesal.

 

P/S: Suka dengan artikel ini? Safuan Borhan ada menyediakan satu platform perkongsian ilmu bisnes dan marketing secara PERCUMA di SINI. Boleh lah join.

The post Mencungkil Bakat Dan Minat Sebagai Asas Kejayaan Perniagaan appeared first on SAFUAN BORHAN.

Share.

Comments are closed.